perumahan

PPRT kini dikenali sebagai Program Perumahan Rakyat Sejahtera

KOTA TINGGI: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menjenamakan semula Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) kepada Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS). Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata penjenamaan semula itu bertujuan menukar persepsi masyarakat setempat dan minda penghuni program perumahan berkenaan....

KPKT peruntuk RM13.36 juta selenggara perumahan berstrata di Perak

IPOH: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyalurkan peruntukan sebanyak RM13.36 juta kepada Perak bagi kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan perumahan berstrata awam, swasta kos rendah dan sederhana rendah tahun ini. Menterinya Nga Kor Ming berkata peruntukan itu merupakan satu daripada usaha berimpak tinggi kerajaan yang akan memberi manfaat kepada lebih 20,000 penghuni daripada...

Isu perumahan lima ladang di Bestari Jaya, kerajaan bakal umum berita baik

TELUK INTAN: Masalah perumahan yang membelenggu 245 keluarga melibatkan lima ladang di Bestari Jaya (dahulunya Batang Berjuntai), Hulu Selangor sejak berdekad lepas bakal diselesaikan dalam masa terdekat. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata kerajaan akan mengumumkan berita baik berhubung pekerja ladang itu yang diusir tanpa rumah untuk didiami mereka, minggu hadapan. “Masalah...

KPKT pulihkan 118 projek perumahan swasta sakit

SEREMBAN: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) komited menyelesaikan isu projek sakit di seluruh negara dengan 118 projek perumahan swasta dipulihkan setakat 30 April lepas. Menteri berkenaan Nga Kor Min berkata daripada jumlah itu, 100 projek berjaya dipulihkan dan menerima Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) manakala 18 lagi dipantau sehingga kembali mengikut jadual pembinaan. “KPKT...

Compare listings

Compare